Nak Jana RM7,000 Sebulan Hanya Jual Air? Ya, Boleh! Panduan Lengkap Bisnes Air Balang Dari Rumah Ke Bazar Ramadhan
Assalammualaikum & salam hormat!
Pernah tak anda terfikir nak buat bisnes sampingan tapi masih buntu “nak jual apa yang untung besar tapi modal kecil”?
Nama saya Mizan Sulaiman. Saya mula berniaga air balang sejak tahun 2008 lagi – dari pasar Ramadhan, pasar malam, pasar tani, sampai karnival IKS di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Tahun lepas, hanya di satu lokasi bazar Ramadhan dan dengan 3 balang air sahaja, saya berjaya jana keuntungan lebih RM7,000 sebulan! Setiap hari ketiga-tiga balang habis licin. Bukan nasib semata-mata, tapi ada “strategi rahsia” yang saya kumpul dari pengalaman 10+ tahun berniaga.
Kos permulaan? Di bawah RM1,000. Kos harian? Sekitar RM100 je. Untung kasar boleh capai 500% hingga 1,000%! Contoh: Air soya kos RM12 boleh jadi 120 cawan dan dijual RM120. Gila untung kan?
Tapi jangan salah sangka. Bisnes ini memang menguntungkan, tapi ada cabaran. Saya pernah gagal, buang air ke longkang, payung rosak ditiup angin… Itulah sebabnya saya tulis ebook ini supaya anda tak perlu ulang kesilapan yang sama.
Apa Yang Anda Akan Belajar Dalam Ebook “Panduan Memulakan Bisnes Air Balang” (Hampir 100 Mukasurat!)
Bab 1: Cara mohon tapak niaga di bazar Ramadhan – lengkap dengan contoh sijil & resit. Bab 2: Tips pilih lokasi bazar yang “HOT” supaya ramai pengunjung (jangan jadi mangsa bazar kosong!). Bab 3: Peralatan asas – jenis kanopi, meja & di mana beli dengan harga murah. Bab 4: Pengurusan masa & 5 tips “real” peniaga sebenar + cara buat gerai anda unik dan tarik pelanggan. Bab 5: Rahsia sulit jus yang laris – 7 tips termasuk cara pilih buah murah, segar & manis. Bab 6: Case study saya sendiri – macam mana saya jana RM7k dengan 3 balang air (jenis balang, air apa, kos, teknik susun, lokasi & cara gandakan untung 3 kali ganda!). Bab 7: Strategi jual air di kawasan sekolah & tepi jalan (4 perkara penting yang perlu anda tahu).
Bonus Utama: 25 Resepi Jus Best Seller Untuk Air Balang 33 Liter!
- Jus Mangga
- Jus Tembikai Susu
- Jus Tembikai
- Jus Carrot Susu ... (hingga 25 resepi termasuk Air Sirap Bandung Cincau, Air Keladi, Jus Buah Naga dan banyak lagi).
Semua resepi untuk kuantiti besar, bukan jug kecil. Siap dengan cara buat, kos & harga jualan.
Bonus Tambahan Percuma: Ebook “Bisnes Air Katering”
Dapatkan ebook utama sekarang, anda terus dapat ebook bonus “Panduan Bisnes Katering Air Balang”. Sesuai untuk ambil tempahan majlis rumah terbuka, kenduri kahwin, sukaneka dan majlis-majlis besar. Resepi khas katering + kiraan kos & untung!
Klik gambar ebook di bawah untuk dapatkan sekarang dan mula jana duit dari bisnes air balang yang proven ini!
Saya Mahu Mulakan Bisnes Air Balang!


